Resepi singgang daging mudah , tetapi banyak khasiat


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Masakan singgang adalah ekstrak herba yang baik untuk kesihatan kita ,kerana mengandungi ekstrak lengkuas ,kunyit hidup ,bawang putih ,asam gelugor ,halia ,bawang besar ,bawang putih dan sebagainya .

Masakan singgang ini di masak sehingga isipadunya berkurangan antara 1/2 hingga 1/3 .pada tahap ini bahan - bahan yang digunakan telah berada di dalam larutan dengan itu ia menyumbang kepada rasa dan bau yang menyelerakan .

Garam dan gula pula mengimbangi rasa serta merangsang bau dan rasa bagi menyedapkan lagi masakan singgang ini .Bagi penggemar masakan singgang ,budu juga dimasukkan sebagai perisa tambahan kerana budu juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang menyumbangkan kepada peningkatan nilai nutrisi yang baik untuk kesihatan kita .

Gabungan daripada bahan - bahan atau rempah - ratus diatas ini yang menjadikan masakan singgang suatu ekstrak yang sangat baik untuk diamalkan sebagai makanan bernutrisi tinggi serta berprotein .Ikan ,daging ,kerang ,sotong sangat sesuai untuk dijadikan masakan singgang .

Walaubagaimana pun ianya terpulang kepada citarasa masing - masing dalam menentukan jenis atau bahan yang digunakan untuk penyediaan masakan singgang ini .Meskipun cara dan bahannya berlainan ,disini kami kongsikan resepi singgang daging yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami sebagaimana yang tertera di bawah .

Bahan - bahan yang digunakan dalam masakan singgang 

Cili kering dan ketumber ditumbuk bersama hingga lumat . 

Rempah yangdi tumbuk di masukkan bersama. 

Masakan singgang yang sudah hampir siap dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan - bahan seperti berikut .

- 1/2 kilo daging batang pinang - di hiris nipis - nipis .

Bahan A .

1 - 2 sudu besar ketumber .***
2 - 10 tangkai cili kering .***
3 - 1 cawan air .
- Bahan yang bertanda *** hendaklah ditumbuk bersama hingga lumat .

Bahan B .

1 - 1 biji bawang besar - di hiris .
2 - 5 ulas bawang putih - di hiris .
3 - 1 inci halia .
4 - 1 inci lengkuas .
5 - 3 keping asam gelugor .
6 - Garam dan gula secukup rasa .
7 - 500 ml air .(Mengikut citarasa )

Cara - cara penyediaan seperti yang tertera di bawah .

1 - Cuci bersih daging dan masukkan kedalam periuk .
2 - Masukkan bahan yang bertanda A ,yang telah siap ditumbuk tadi berserta dengan air .
3 - Masak daging hingga kecut ( orang Kelantan panggil mati awas ) dan kacau biar sebati .
4 - Apabila air hampir kering masukkan bahan yang bertanda B kecuali garam dan gula .
5 - Masak hingga mendidih serta pastikan daging sudah empuk baru masukkan garam dan gula secukup rasa .
6 - Bila sudah masak bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan .

Demikianlah cara - cara dan bahan - bahan dalam penyediaan resepi singgang daging yang ianya mengikut cara kami dan cita rasa kami .Pemakanan masakan singgang secara berterusan ianya mungkin menjadikan badan kita mempunyai tahap imunisasi yang tinggi dan menjadikan kita cergas dan sihat sepanjang hayat seperti mana masyarakat yang terdahulu .

Anda Mungkin Menyukai Artikel Ini:

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

1 Response to "Resepi singgang daging mudah , tetapi banyak khasiat"

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel