Header Ads

Resepi apam solo .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Resepi pilihan Coretan Cerita Kami yang seterusnya adalah Apam Solo ia juga dipanggil/disebut Apam Begawan Solo . Kami masih tertanya - tanya ? mana asal - usul ! asal dari negeri mana ! negara mana yang mulanya tercetus ideal resepi ini . Kuih apam solo sesuai dinikmati tika sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga atau apa saja majlis keramaian atau terpulanglah kepada kehendak suasana/selera masing - masing . Kebanyakkan kuih apam solo yang kami rasai/nikmati , adunan resepi apam solo dibahagi kepada dua bahagian adunan dan diletak dengan warna yang berbeza . 

Tetapi bagi kami hanya menggunakan satu adunan asal sahaja , cuma kami tambah/membuat corak bunga atau boleh mengikut kretiviti masing - masing , ianya untuk menaikkan/menambah seri Apam Solo itu . Bahan - bahan untuk intinya ia boleh dipelbagaikan sebagai contohnya inti kacang merah , kacang hijau , ubi kentang atau mengikut citarasa masing - masing . Cara - cara serta bahan - bahan untuk membuat kuih apam solo yang ianya mengikut olehan/cara kami seperti yang tertera dibawah :

Apam Solo yang sudah siap dimasak sedia untuk dinikmati .

Inti Kelapa yang sudah siap di masak .

Bahan untuk inti .
  • 2 cawan kelapa parut putih .
  • 1/2 ketul gula melaka .
  • 4 sudu besar gula pasir .
  • 1 cawan air kelapa . ( Air biasa pin boleh juga )
  • 2 helai daun pandan , di simpul .
Cara - cara menyediakan inti kuih apam solo .
  • Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sehingga inti masak dan tidak terlalu kering atau terlalu basah . Kemudian sejukkan dan bolehlah digentel sebesar duit 10 sen .
Apam Solo yang sudah siap dituang kedalam acuan dan dicorak .

Bahan - bahan Apam Solo .
  • 300 gram tepung gandum ***
  • 1 sudu kecil instant yis ***
  • 90 gram gula pasir ***
  • 125 ml susu cair ***
  • 300 ml air ***
  • Secubit garam ***
  • Pewarna merah dan hijau untuk hiasan .
Cara - cara menyediakannya :
  • 1.Campurkan kesemua bahan yang bertanda *** dalam besen .
  • 2.Gaul rata hingga semua bahan sebati , perap adunan selama 40 minit .
  • 3.Panaskan air dalam periuk kukusan . Sapukan acuan dengan minyak masak rata - rata .
  • 4.Selepas 40 minit , masukkan 1/2 sudu adunan apam solo ke dalam acuan kemudian masukkan inti kelapa tadi .
  • 5.Kemudian tutup dengan 1/2 sudu adunan apam solo lagi .
  • 6.Buat sehingga siap kemudian buat corak dengan menggunakan pewarna tadi .
  • 7.Kukus apam solo dengan api sederhana selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak .
Demikianlah cara - cara serta bahan - bahan untuk resepi Apam Solo yang ianya mengikut cara kami ,selera dan citarasa kami . Jika ada pelbagai pertanyaan atau soalan sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau boleh komen di halaman ini .

2 ulasan:

  1. Apam begawan solo .amboii kemain nama .heheh . Tapi cntik apam ni..siap ada bunga rose lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih sudi singgah ....Hasil olahan sendiri , puas hati menikmatinya .

      Padam

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.