Rawatan serta pencegahan gangguan sihir


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Terutama buat rakan - rakan yang mengalami gangguan sihir yang belum juga menemui kesembuhan setelah sekian lama berubat , sehigga membawa kepada kesakitan dan kesedihan.Jangan pernah berputus-asa berikhtiar dengan rawatan yang menurut hukum syariat dan banyakkan bersabar serta doa (solat).

Sesungguhnya dunia ini medan ujian untuk kita mengaut sebanyak mana pahala andai kita sabar dan redha , Kesembuhan itu milik ALLAH , Maka dekatkanlah diri padaNYA .Rawatan sihir yang berlandaskan hukum syariat , rawatan sihir boleh di lakuan dengan beberapa - beberapa kaedah  ianya seperti dibawah :

Kaedah dengan ruqyah yang sesuai dengan syariat serta berpandukan AL-Quran ; Di antara kaedah yang pernah dipraktikkan dan ianya sangat mujarab adalah mandi dengan air yang telah dicampur daun bidara.

Persiapan bahan - bahannya : Sediakan 7 daun bidara hijau, dan satu baldi air yang cukup untuk mandi.
Cara - caranya seperti berikut :
  • 1. Haluskan daun bidara dengan ditumbuk, dan campurkan ke dalam air yang telah disiapkan.
  • 2..Baca ayat-ayat berikut di dekat air (di luar bilik mandi):
  • 1 - Baca ta'awudz: a-'uudzu billahi minas syaithanir rajiim
  • 2 - Ayat kursi (QS. Al-Baqarah: 255)
  • 3 - QS. Al-A'raf, dari ayat 117 hingga 122
  • 4 - QS. Yunus, dari ayat 79 hingga 82
  • 5 - QS. Taha, dari ayat 65 hingga 70
  • 6 - Surat Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
  • 7 - Minumkan air tersebut di atas 3 kali (boleh gunakan gelas kecil)
  • 8 - Gunakan selebihnya untuk mandi.
  • 9 - Cara seperti ini boleh dilakukan beberapa kali, hingga pengaruh sihirnya hilang.

Kaedah ini disebutkan oleh Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qohthani dalam buku beliau Ad-Dua wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqa, Hal. 35.

Dengan menggunakan kaedah membaca beberapa ayat al quran kemudian ditiupkan :
Caranya-caranya seperti berikut:
  • A - Baca surat Al-Fatihah, ayat kursi, dua ayat terakhir surat Al-Baqarah, surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.
  • B - Ulangi sebanyak 3 kali atau lebih
  • C - Baca ayat di atas, sambil ditiupkan dan diusapkan ke bahagian tubuh yang sakit.
  • D - Baca doa-doa ketika menjenguk orang sakit.
Kaedah dengan menghancurkan simpulan sihir.
  • Kaedah dengan menghancurkan simpulan sihir adalah kaedah menghilangkan sihir yang paling mujarab. Kaedah ini agak sukar dilakukan, kerana perlu diketahui simpul sihir yang ditanam oleh dukun. Jika simpulan sihir ini boleh dihancurkan maka pengaruh sihir akan hilang total. Simpul ini bak pengkalan tentera bagi si dukun untuk menyihir objek sasaran.
  • Sebagaimana hal ini pernah dialami oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, seperti yang disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim. Berikut redaksi kisah yang lebih lengkap. Rediaksi ini disebutkan oleh At-Tsa'alibi dalam tafsirnya dan dinukilan oleh Ibnu katsir:
Dari Ibnu Abbas dan A'isyah radhiyallahu 'anhuma menceritakan:
  • Dulu ada seorang remaja Yahudi yang menjadi pelayan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Sehingga, datanglah beberapa orang Yahudi menemui anak ini. Sampai akhirnya si remaja ini mengambil rontokan rambut kepala Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan potongan sikat rambut, dan dia berikan kepada orang Yahudi. 
  • Akhirnya, mereka gunakan rambut ini sebagai bahan untuk menyihir Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Pelaku sihir adalah seorang Yahudi Bani Zuraiq, namanya Labid bin A'sham. Simpul sihir dari rambut tersebut di tanam di telaga milik Bani Zuraiq, namanya sumur Dzarwan.
  • Kerana pengaruh sihir ini, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam jatuh sakit, sehingga rambut beliau mudah gugur. Beliau seolah-olah melakukan sesuatu dengan isterinya padahal tidak melakukan apa-apa. 
  • Sampai akhirnya beliau bermimpi, beliau melihat ada dua malaikat yang datang. Yang satu duduk di dekat kepala beliau dan yang satu duduk di dekat kaki beliau.
  • Malaikat pertama bertanya, "Apa yang terjadi dengan orang ini?" "Dia tersihir." Jawab malaikat kedua. "Siapa yang menyihir?" Tanya malaikat pertama. "Labid bin A'sham orang Yahudi." Jawab malaikat kedua. "Dengan apa dia disihir?" Jawabnya: "Dengan rambut dan potongan sikat." "Di mana simpul sisirnya?" Jawabnya: "Dibungkus kulit mayang kurma, ditindih batu, di dalam sumur Dzarwan." Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam terbangun. Kemudian beliau berangkat ke sumur Dzarwan di Bani Zuraiq bersama Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awam, dan Ammar bin Yasir.
  • Ali diperintahkan untuk mengambil batu itu, untuk mengeluarkan bungkus simpul sihir. Ketika itu, Allah menurunkan dua surat Al-Muawidzatain (surat Al-Falaq dan An-Nas). Sebelumnya, Ali bin Abi Talib diperintahkan untuk membaca dua surat tersebut. Ternyata di dalamnya ada beberapa helai rambut dan potongan sisirnya. Di sana juga ada ikatan buntalan jumlahnya ganjil. Selanjutnya benda itu dimusnahkan dan sumurnya ditutup.
  • Seketika itu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam langsung terasa ringan dan hilang pengaruh sihirnya. Setelah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kembali, beliau sampaikan kepada isterinya: يا عائشة, كأن ماءها نقاعة الحناء, أو كأن رءوس نخلها رءوس الشياطين
  • "Hai Aisyah, air perigi itu seperti terkena daun pacar (inai). Atau seolah pangkal mayang kurma seperti kepala syaitan. "(HR. Bukhari 5763)
Imam Ibnul Qoyim dalam Zadul Ma'ad berkata:
  • Cara menyembuhkan sakit ini ada dua, di antaranya adalah mengeluarkan sumber sihir dan memusnahkan ia. Ini adalah cara yang paling sempurna. Sebagaimana terdapat riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa beliau berdoa kepada Allah tentang sumber sihir yang menimpa beliau, kemudian Allah tunjukkan bahawa pangkalnya ada di dalam sumur, dengan rambut dan potongan sikat dibungkus mayang kurma jantan. 
  • Ketika benda itu dikeluarkan, pengaruh sihir itu langsung hilang, seolah beliau baru bebas dari ikatan. Inilah kaedah yang paling ampuh untuk mengubati orang yang terkena sihir. Seperti halnya menghilangkan sumber penyakit dalam tubuh (Zadul Ma'ad, 4: 113)
Pencegahan dari terkena sihir.
  • - Dalam setiap keadaan senantiasa mentauhidkan Allah Azza wa Jalla dan bertawakkal kepadaNya, serta menjauhi perbuatan syirik dengan segala bentuknya.
  • - Melaksanakan setiap kewajiban-kewajiban yang Allah Subhanahu wa Ta'ala perintahkan, dan menjauhi setiap yang dilarang, serta bertaubat dari setiap perbuatan dosa dan kejelekan. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada Ibnu' Abbas Radhiyallahu 'anhu :يا غلام! إني أعلمك كلمات, احفظ الله يحفظك ..."Wahai anak, sesungguhnya aku akan mengajarkanmu beberapa kalimat. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu ..." [HR Tirmidzi]
  • - Tidak membiarkan anak-anak berkeliaran saat akan terbenamnya matahari. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: "Jika malam telah masuk -jika kalian berada di sore hari-, maka tahanlah anak-anak kalian. Sesungguhnya setan berkeliaran pada waktu itu. Tatkala malam telah datang sejenak, maka lepaskanlah mereka". [HR Bukhari Muslim].
  • - Membersihkan rumah dari salib, patung-patung, binatang yang dipelihara dan gambar-gambar yang bernyawa serta anjing. Diriwayatkan dalam sebuah hadis, bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat hal-hal di atas. Demikian juga dibersihkan dari peranti-peranti yang melalaikan, gitar, piano, seruling dan muzik.
  • - Memperbanyak membaca Al Qur`an dan manjadikannya sebagai dzikir harian. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda :لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة"Janganlah menjadikan rumah-rumah kalian layaknya kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surat Al Baqarah". [HR Muslim]
  • - Membentengi diri dengan doa-doa dan ta'awudz serta dzikir-dzikir yang disyariatkan, seperti dzikir pagi dan petang , dzikir-dzikir setelah shalat fardhu, dzikir sebelum dan sesudah bangun tidur, doa ketika masuk dan keluar rumah, doa ketika naik kenderaan, doa ketika masuk dan keluar masjid , doa ketika masuk dan keluar bilik mandi, doa ketika melihat orang yang mandapat musibah, serta dzikir-dzikir yang lain.
  • - Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya sihir para penyihir itu akan bekerja secara sempurna bila mengenai hati yang lemah, jiwa-jiwa yang penuh dengan syahwat yang senantiasa bergantung kepada hal-hal rendahan. Oleh sebab itu, umumnya sihir banyak mengenai para wanita, anak-anak, orang-orang bodoh, orang-orang pedalaman, dan orang-orang yang lemah dalam berpegang teguh kepada agama, sikap tawakkal dan tauhid, serta orang-orang yang tidak mempunyai bahagian sama sekali dari dzikir-dzikir Ilahi, doa-doa, dan ta'awwudzaat nabawiyah. "[Zaadul Ma'ad (4/116)]
  • - Memakan tujuh butir kurma 'ajwah setiap pagi hari. Berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam:من تصبح كل يوم سبع تمرات عجوة لم يضره في ذلك اليوم سم ولا سحر"Sesiapa yang makan tujuh butir kurma 'ajwah pada setiap pagi, maka racun dan sihir tidak akan mampu membahayakannya pada hari itu". [HR Bukhari dan Muslim]

Demikianlah serba sedikit rawatan serta pencegahan gangguan sihir semoga ianya menjadi pedoman untuk kita semua.Bagi sesiapa yang belum teruji atau terkena berjaga-jagalah , mungkin siapa tahu anda mangsa yang seterusnya untuk itu perbanyakkan amalan - amalan serta doa.
Sumber : www.KabarMakkah.Com | Berita Terbaru Dari Kota Makkah

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Rawatan serta pencegahan gangguan sihir"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel