Buah limau kasturi banyak khasiat selain dibuat jus minuman


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Nama botani bagi limau kasturi adalah Citrus microcarpa , Limau kasturi sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita . Limau kasturi sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih lagi sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir . 

Buah Limau kasturi juga banyak digunakan di dalam masakan disamping itu juga buah limau kasturi sering dijadikan minuman sejuk bersama ais batu , ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga .

Dengan menggunakan buah limau kasturi pelbagai petua serta khasiat yang boleh kita amalkan , antara petua serta khasiatnya seperti yang tertera dibawah :

Ubat batuk .
Cara - caranya , belah/potong dua buah limau kasturi kemudian perahkan jusnya selepas itu jus limau kasturi tadi dicampurkan dengan sedikit/secubit garam atau beberapa titik kicap kemudian diminum , ianya elok diamalkan pada setiap pagi dan malam .

Mengurangkan lelah .
Ambil sesudu madu jika boleh gunakan madu asli , kemudian campurkan dengan lima titik jus limau kasturi tadi , selepas itu bolehlah diminum jus tadi , ianya boleh diminum pada bila - bila masa atau sekadar mengamalkan/diminum seminggu sekali . 

Melegakan pening kepala .
Cara - caranya , ambil sebiji limau kasturi kemudian dipotong sedikit di bahagian atas , selepas itu picitkan kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar , kemudian halakan picitan cecair limau kasturi tadi ke arah hidung . 

Mengatasi masalah badan berbau .
Ambil beberapa biji buah limau kasturi atau mengikut kemahuan masing - masing , dibelah/potong dua kemudian digosok dibahagian anggota badan yang tertentu contohnya di celah ketiak atau mengikut kesesuaian masing - masing . 

Mengurangkan dan menyembuhkan sakit tekak .
Bagi orang dewasa , campurkan sesudu besar jus limau kasturi dengan sedikit lada , kacau campuran tadi hingga sebati dan di minum terus .
Bagi kanak - kanak pula , campurkan lima hingga enam titik jus limau kasturi dengan sesudu madu asli , kemudian kacau sebati dan diminum terus .

Demikianlah serba sedikit petua yang boleh kita amalkan dengan menggunakan buah limau kasturi , mudah - mudahan ianya dapat membantu kita semua dalam selesaikan masalah yang dihadapi selain itu juga ia dapat menjimatkan kos harian kita .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Buah limau kasturi banyak khasiat selain dibuat jus minuman"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel