Kelebihan Surah An - Naas Dan Surah Al - Falaq

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Surah Al-Falaq (bererti sekelian Makhluk).Iaitu Surah yang ke 113 mengandungi lima ayat dan Surah An-Nas (bererti manusia) iaitu Surah yang ke 114 di dalam Al-Quran mengandungi enam ayat ,adalah Surah yang digelar "Mu'awwizatain" atau dua Ta'awuz.

Ia diturunkan setelah Nabi Muhammad SAW selalu berdoa kepada Allah Taala memohon perlindungan dari kejahatan manusia dan syaitan atau jin.
Surah Al-Falaq mengajar kita memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Kuasa terhadap kejahatan makhluk-makhluk Tuhan dan juga perbuatan-perbuatan sihir ,khianat ,hasad dengki dan sebagainya.

Surah An-Nas juga mengajar kita memohon perlindungan dari Allah SWT terhadap bahaya-bahaya yang batin seperti bahaya dari syaitan atau jin ,tipu daya makhluk ,perasaan atau ingatan buruk yang boleh merosakkan akidah ,amal ibadat dan cara hidup kita.

Ringkasan Fadhilat dan Faedahnya seperti di bawah :

1 - Untuk menyembuhkan orang terkena sihir atau yang seumpamanya,bacakan sebanyak 41 kali setiap hari selama tiga,lima atau tujuh hari berturut-turut.Insya-Allah akan sembuh.
2 - Untuk menaikkan semangat berani membela kebenaran dari kekejaman orang-orang yang memegang kuasa,orang-orang jahat dan sebagainya,bacalah kedua-dua surah ini sebanyak 100 kali.
3 - Juga bacalah kedua-dua surah ini seberapa banyak apabila kita sesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan,Insya-Allah akan selamat.
4 - Amalkan membaca kedua-dua surah ini sebanyak tiga kali,pada waktu pagi dan petang hari didahului dengan membaca Surah Al-fatihah dan Surah Al-Ikhlas,Insya-Allah segala keperluan hidupnya akan cukup sempurna.
 Aisyah menerangkan:Bahwa Rasulullah s.a.w pada setiap malam apabila hendak tidur,beliau membaca Surah Ikhlas,Surah Falaq,Surah An Naas di tiup pada kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Sayyidina Ali menerangkan: Pernah Rasulullah digigit kala-jengking,kemudian mengambil garam,lalu dibacakan Surah Al-Falaq,Surah An-Naas dan disapukan pada anggota yang digigit kala tadi.
 Uqbah bin amir menerangkan:Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah beliau membaca surah Al-Falaq,Surah An-Naas dan aku pun disuruh membacanya.

5 - Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,hendaklah membaca surah al-Falaq,Surah an-Naas 41 kali.Tiga hari,lima hari atau tujuh hari berturut-turut.
6 - Siapa takut akan godaan syaitan atau manusia ,takut kegelapan malam ,takut kekejaman raja bacalah surah Al-falaq,Surah An Naas sebanyak 100 kali.
 Uqbah menerangkan "Rasulullah berkata kepada daku:Maukah kuajar kepadamu 2 buah surah tidak terdapat bandingannya dalam Taurat,Zabur,Injil?"saya menjawab:Baiklah ya Rasulullah" kemudian Rasulullah membaca Surah Al-Falaq & Surah An-Naas.

Coretan untuk pedoman serta rujukan penulis blog ini ,jika ada yang terbaca coretan ini MAAF dipinta jika coretan ini tidak tepat atau sebaliknya .Moga bermanfaat buat semua .Wassalam.

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

1 Response to "Kelebihan Surah An - Naas Dan Surah Al - Falaq"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel