7 kebaikan air mata yang menangis


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Air mata merupakan tindakbalas semulajadi manusia apabila sesuatu terjadi kepada diri. Air mata ini jika diamati mempunyai pelbagai pengertian yang menggambarkan perasaan seseorang.

Berapa kerap anda menangis ! bertahun-tahun sekali ! setahun sekali ! sebulan sekali ! seminggu sekali ! sehari sekali ! Berkali-kali sehari ! Memang di akui saya jarang sangat menangis.Anda pula bagaimana ? Kebiasanya lelaki selalunya ego sikit, atau ego banyak ! Kalau saya menangis pun bila ada kematian ahli keluarga terdekat atau kehilangan sesuatu yang amat disayangi.

Lagi satu boleh jugak menangis kalau tengok cerita sedih yang betul-betul menyentuh jiwa.dengar lagu jiwang pun boleh juga,tapi tengok mood macam mana.Mari kita lihat kelebihan air mata orang yang menangis seperti yang tertera dibawah.

1 - Membantu penglihatan.
- Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2 - Membunuh bakteria.
- Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria. 
 
3 - Meningkatkan mood.
- Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4 - Mengeluarkan racun.
- Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata. 
 
5 - Mengurangkan tekanan.
- Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi. 
 
6 - Mengenal erti sosial.
- Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi. 
 
7 - Melegakan perasaan.
- Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.Jika ingin menangis selepas ini jangan segan-segan lagi ,tetapi menangis kerana Allah S.W.T jangan dilupa juga .Demikianlah secara ringkasnya 7 kebaikan air mata yang menangis diharap menjadi panduan bacaan berguna buat semua .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "7 kebaikan air mata yang menangis"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel